TAHUKAN ANDA MENGENAI KOS BINA RUMAH TERSEMBUNYI & MENGAPA KOS RUMAH AGAK MAHAL??
Jika anda merancang untuk membina sebuah banglo, ada beberapa perkara yang melibatkan kos-kos yang perlu dikeluarkan sama ada ketika pra atau semasa tempoh pembinaan. Kos ini kebiasaan tidak ditanggung mahupun diserap oleh kontraktor. (melainkan jika dinyatakan mereka)
Kami akan senaraikan kos yang terlibat dalam pembinaan sebuah rumah, dan ada diantaranya boleh dimasukkan dalam pinjaman (jika ada lebihan pinjaman atau ia sememangnya dinilai oleh penilai ketika pinjaman diproses).
1) Pelan Rumah
Pelan rumah kebiasaannya bergantung pada saiz rumah tersebut.
Walaupun anda memilih pelan yang sudah siap (ready), wang masih perlu dibayar bagi mendapatkan cop arkitek (hanya pelan dicop arkitek diluluskan oleh Majlis Daerah kelak). Contoh caj harga yang dikenakan adalah sekitar RM 1.00 sekaki persegi termasuk cop arkitek.

2) Pelan Besi (RC Pelan)
Ada sesetengah kontraktor sudah dipakejkan sekali didalam harga pelan rumah (kebiasaan begitu). Pelan besi ini juga perlu dibayar bagi mendapatkan cop jurutera awam berdaftar.
Contoh caj harganya adalah sekitar RM 0.50 sekaki persegi termasuk cop jurutera.

3) Majlis Daerah
Apabila pelan sudah siap dan dicop arkitek, maka pelan ini perlu dihantar ke Majlis Daerah tersebut. Kos Majlis Daerah adalah sangat subjektif kepada kawasan, keluasan rumah, ruang akses jalan & lain-lain faktor. Lain Majlis Daerah, lain caj yang dikenakannya.
Ia boleh bermula serendah RM700 ke RM 2000++.

4) Deposit Utiliti bagi Elektrik (TNB) dan Air
Apabila rumah hampir siap, permohonan bekalan elektrik akan dibuat oleh kontraktor kepada TNB dan juga syarikat pembekalan air. Istilah deposit utiliti ini adalah seperti caj penggunaan elektrik/air kerana nilainya akan dimasukkan dalam bil utiliti anda.

Contoh Kosnya adalah seperti berikut:
a) Elektrik
(PENDAWAIAN SINGLE PHASE)
kebiasaan bagi rumah setingkat RM 700, bagi rumah 2 tingkat RM 1100
a) Elektrik
(PENDAWAIAN SINGLE PHASE)
kebiasaan bagi rumah setingkat RM 700, bagi rumah 2 tingkat RM 1100
(PENDAWAIAN 3 PHASE)
kebiasaan bagi rumah setingkat RM 1,200, bagi rumah 2 tingkat RM 1600
kebiasaan bagi rumah setingkat RM 1,200, bagi rumah 2 tingkat RM 1600
b) Air
Cajnya bergantung pada syarikat bekalan air di negeri tersebut. contoh di Kelantan, deposit air adalah sekitar RM300-400. (boleh semak pada syarikat air negeri masing-masing)
Cajnya bergantung pada syarikat bekalan air di negeri tersebut. contoh di Kelantan, deposit air adalah sekitar RM300-400. (boleh semak pada syarikat air negeri masing-masing)
5) Tambahan tiang elektrik
Untuk pengetahuan anda, jika lokasi rumah anda perlu bersambung dengan tiang elektrik terdekat yang jaraknya 3 tiang elektrik ke bawah, maka tiang ini percuma sahaja.
Tetapi jika lokasi rumah anda memerlukan sambungan lebih daripada 3 batang tiang elektrik, maka TNB mengenakan caj RM200 setiap batang tiang elektrik bagi tiang elektrik ke-4 dan ke atas.

Sebagai contoh:
>> 5 batang tiang elektrik diperlukan bagi menyambung elektrik dari rumah ke kawasan tiang elektrik terdekat.
>> Kiraannya; 3 batang tiang elektrik adalah PERCUMA. 2 batang tiang elektrik lagi perlu dibayar dengan jumlah RM 400.
6) Enjin Air
Untuk rumah yang menggunakan bekalan air dari bawah tanah (boring air) seperti di Kelantan dan Terengganu, kos enjin air bagi menyedut air bawah tanah adalah dibawah tanggungan pembeli. Ini kerana enjin air dikira sebagai aksesori. Sebuah enjin air yang baik adalah berharga hampir RM 400.

7) Lampu, Kipas, Lampu Pagar dan lain-lain;
Dalam mana-mana spesifikasi rumah, lampu serta kipas tidak disertakan. Kebiasaannya, yang diberikan adalah point bagi lampu dan kipas. Pembelian lampu dan kipas adalah dibawah tanggungan pembeli. Jika ada lebihan pinjaman (loan) atau ia dinilai dalam pinjaman, anda boleh gunakannya bagi menampung kos ini.

8) Pemasangan paip dengan tebuk jalan;
Kebiasaannya, untuk memasang sambungan paip air ke sambungan paip kerajaan terdekat, kontrakor akan menanggung penyambungan paip yang tidak melebihi 100 kaki jauh (segulung paip).
Kebiasaannya, untuk memasang sambungan paip air ke sambungan paip kerajaan terdekat, kontrakor akan menanggung penyambungan paip yang tidak melebihi 100 kaki jauh (segulung paip).
Jika rumah anda terletak jauh dari sambungan paip air kerajaan (melebihi 100 kaki), biasanya caj tambahan akan dikenakan.
Dan paling penting, ia tidak melibatkan tebuk jalan. Walaupun tanggungan kontraktor adalah sekitar 100 kaki, jika sambungan itu memerlukan jalan ditebuk disebabkan paip air kerajaan berada diseberang jalan, caj tambahan akan dikenakan bagi menampung kos tebuk dan tampal kembali jalan tersebut.
9) Infrastruktur Jalan Tar & Longkang;
Bagi sesetengah Majlis Daerah, mereka telah mewajibkan hadapan tanah bagi tanah yang dipecah lot untuk diturap dengan jalan tar dan dipasang longkang V (saiz 1 kaki kedalaman) sebagai syarat kelulusan pelan rumah.

Ini bermaksud, ia wajib dibuat bagi syarat mendapatkan CF (Sijil Layak Duduk/ SKD) kemudian hari. Kos untuk penurapan jalan tar dan pemasangan longkang V adalah subjektif, ini kerana ia bergantung pada saiz hadapan tanah anda.
Jika tanah anda terletak di corner lot, kos akan lebih tinggi kerana ia perlu diturap di hadapan dan sisi tanah anda.
Kebiasaannya mengikut pengalaman kami, kos turap jalan tar & longkang V bagi tanah lot bersaiz 5000 kps++ adalah berharga sekitar RM 7,000-8000. (juga bergantung kepada kos semasa) Kos ini kebiasaannya boleh dimasukkan dalam pinjaman perumahan.
10) Yuran Guaman
Yuran guaman pula bergantung pada harga rumah & nilai pinjaman anda. Lagi mahal harga rumah dan nilai pinjaman yang diperolehi, maka lagi tinggi caj guaman.
Yuran guaman pula bergantung pada harga rumah & nilai pinjaman anda. Lagi mahal harga rumah dan nilai pinjaman yang diperolehi, maka lagi tinggi caj guaman.
Ini adalah contoh secara kasar, formulanya:
bagi harga rumah RM150k pertama, caj guaman adalah 1%.
bagi harga rumah >RM 850k seterusnya, caj guaman adalah 0.7%.
Contoh; sebuah rumah berharga RM300k, kiraanya begini:
RM 150k x 1% = RM 1,500
RM 150k x 0.7% = RM 1,050

Jadi jumlah caj guaman adalah: RM 1,500+ RM 1,050 = RM 2,550 (sebelum GST). Selepas dicampurkan GST adalah RM 2,700.
Perlu diingat, jika anda membuat pinjaman rumah, caj guaman perlu dibayar 2x.
Perlu diingat, jika anda membuat pinjaman rumah, caj guaman perlu dibayar 2x.
Satu nilai untuk perjanjian harga rumah, satu lagi adalah nilai loan yang diluluskan. Sebagai contohnya, jika nilai rumah anda RM 300k, dan nilai loan yang diluluskan juga RM 300k, maka;
Caj guaman: RM 2,700 x 2 = RM 5,400.
Caj guaman: RM 2,700 x 2 = RM 5,400.
Bolehkah caj guaman ini dimasukkan dalam loan? Jawapannya sebenarnya tidak boleh TETAPI, jika loan anda ada lebihan, anda boleh gunakannya untuk membayar caj guaman.
9) Yuran Penilai (untuk loan bank sahaja)
Bergantung pada pakej pinjaman bank, kebiasaannya, yuran nilaian oleh penilai swasta tidak ditanggung dalam pakej pinjaman. Ini bermaksud, pembeli perlu membayar yuran yang dikenakan oleh penilai.
Bergantung pada pakej pinjaman bank, kebiasaannya, yuran nilaian oleh penilai swasta tidak ditanggung dalam pakej pinjaman. Ini bermaksud, pembeli perlu membayar yuran yang dikenakan oleh penilai.
Contoh Formula Yuran Penilai adalah:
Nilaian RM 100,00 – caj nilaian RM 400.
Setiap pertambahan RM 10,000 – caj nilaian naik RM 20.
Maksimum RM 500,000.
Nilaian RM 100,00 – caj nilaian RM 400.
Setiap pertambahan RM 10,000 – caj nilaian naik RM 20.
Maksimum RM 500,000.
Sebagai contoh, jika banglo itu dinilai RM 300,000, caj nilaian adalah RM 800.
10) Duti Setem Pindah Milik & Gadaian
Duti Setem pula terbahagi kepada 2 iaitu duti setem pindah milik dan duti setem gadaian.
Duti Setem pula terbahagi kepada 2 iaitu duti setem pindah milik dan duti setem gadaian.
Bagi anda yang membeli rumah atau tanah dari tangan orang lain, anda akan dikenakan duti setem pindah milik (tukar nama pemilik asal kepada nama anda) dan juga duti setem gadaian (jika pinjaman rumah dibuat).
Duti Setem bagi pindah milik adalah 1% dari nilaian harga rumah/tanah tersebut. Ini dibayar ke LHDN. (Kalau tanah sendiri, anda tidak dikenakan duti setem pindah milik).
Selepas itu anda akan dikenakan caj pendaftaran untuk pindah milik di pejabat tanah pula. Nilainya juga bergantung pada harga rumah/tanah. Kebiasaan hanya beberapa ratus ringgit sahaja.
Kemudian, anda akan dikenakan pula caj pendaftaran bagi gadaian (jika anda mengambil loan) di pejabat tanah. Harga caj pendaftaran gadaian bagi pinjaman kerajaan dan bank adalah berbeza serta berpandukan dengan nilai hartanah tersebut. Kebiaasaan cajnya pun beberapa ratus ringgit.
Bagi pinjaman bank pula, anda ada satu lagi duti setem atas perjanjian iaitu dibayar kepada LHDN. Duti setem ini berjumlah 0.5% x jumlah pinjaman.
Walaupun nampak begitu banyak duti setem dikenakan, berita baiknya, untuk pinjaman pertama perumahan (tidak kira pinjaman kerajaan atau bank) kerajaan memberikan diskaun 50% atas duti setem yang dikenakan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Soalan yang sering diajukan;
Soalan yang sering diajukan;
1) Bolehkah semua senarai diatas ini dibayar menggunakan loan?
Jawapannya:
Kalaupun boleh ia mungkin melibatkan pembelian rumah siap. Kebiasaannya, bagi kontraktor/pemaju yang menjual rumah siap, mereka sudah menyerap semua kos diatas dan dipakejkan dalam harga rumah.
Kalaupun boleh ia mungkin melibatkan pembelian rumah siap. Kebiasaannya, bagi kontraktor/pemaju yang menjual rumah siap, mereka sudah menyerap semua kos diatas dan dipakejkan dalam harga rumah.
Bagi pembinaan atas tanah sendiri, ia amat sukar dilaksanakan. Ini kerana kontraktor tidak akan sanggup mengambil risiko mendahulukan modal, dimana jikalau berlaku pembeli membatalkan hasrat membina rumah, risiko modal belanja untuk dituntut adalah sangat rendah.
Kebiasaannya, kontraktor akan mengenakan juga deposit. Kalau anda jumpa kontraktor yang sanggup menanggung semua kos di atas tanpa anda beri sebarang deposit, maka kontraktor itu sendiri rela berkorban untuk rugi jika ada satu dua kes pembeli membatalkan pembinaan di tengah jalan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
sekiranya berminat untuk membina rumah boleh hubungi kami di
email :- smartbiz.sk@gmail.com
wassap / call :- 011-39898730