RUMAH MODEN BERKONSEP RUMAH TINGGI
Pasti ramai yang berminat dan mempunyai banyak nostalgia dengan rumah kayu / rumah tradisional / rumah kampong kita dulu-dulu bukan? Ya..ini kerana pasti ramai yang pernah merasa nikmat hidup dirumah kayu yang tinggi. Namun belia remaja kini mungkin sudah tidak mengenali / merasai kenikmatan hidup dirumah tinggi/ rumah kayu / rumah tradisional seperti ini. Ya mungkin masih ada, tapi hanya segelintir. ini kerana masih terdapat ibu - bapa atau datuk nenek merekea mempertahankan semangat dan budaya rumah kayu ataupun nostalgia mereka dari luput di telan dek kemodenan zaman.
Sedikit infomasi kepada yang tidak mengetahui, kalau yang sudah mengatahui dan lebih banyak inputnya, sudi-sudi lah kiranya berkongsi bersama kami untuk tujuan penambahan ilmu bersama. Moga keihlasan curahan ilmu dan keberkatannya dapat dipanjang-panjangkan. Amin. jadi, berbalik kepada perkongsian yang ingin dikongsikan, rumah kayu / rumah tradisional dibina tinggi dari permukaan Tanah adalah bersebab, bukanlah orang - orang dahulu membina secara suka- suka. Ini kerana ia mampu memberi dan mejamin keselamatan dari aspek fizik / duniawi (penjamin paling terbaik adalah ALLAH S.W.T) daripada : -
- Binatang buas (untuk tujuan keselamatan penghuni rumah tersebut)
- Binatang menjalar cth ( ular dan seangkatannya)
- Tidak mudah terdedah kepada banjir kiranya kawasan tersebut kerap berlaku banjir / air naik
- Mudah untuk meletakan barangan di bahagian ruang kosong dibawah.
- Memberi keselesaan dan ruangan peribadi / privasi untuk bersama keluarga / tidur dana lain-lain.
Sebenarnya banyak lagi kebaikan, keperluan dan kegunaan rumah kayu lama ni.. untukpengetahuan anda semua, ruangan kosong di bawah, yaitu ruangan lopong dari Tanah ke lantai rumah dinamakan RUANGAN LOPONG/ KOLONG.
Sampai disini dahulu coretan kami untuk rumah KAYU ini. Terima kasih semua kerana sudi membaca ruangan ini dan sekiranya berminat dengan rekabentuk ini dan ANDA INGIN MEMBINA RUMAH YANG BERKONSEPKAN BEGINI bolehlah hubungi kami di:-
Tel. : +6017-6641225
Email : shamin.hr@gmail.com
No comments:
Post a Comment