RUMAH KECIL MENJADI LEBIH LUAS & BESAR.
Ruangan kali ini, kami ingin berkongsi sedikit informasi kepada pembaca semua berkaitan RUMAH IMPIAN yang KECIL. Zaman moden kini, banyak rumah yang kita perolehi dan mampu dibina/ miliki adalah bersaiz kecil. Betulkan? Apatah lagi jikalau membeli rumah atau tanah di kawasan Bandar. Pastinya kecil dan sempit sedikit dan tidak seperti yang diimpikan oleh kita.
Namun itulah hakikat dunia kini. Dengan keterbatasan keewangan,
sumber pendapatan, peraturan dan kekangan pemaju serta ketidakupayaan kita menyediakan
tanah, keewangan serta inflasi yang sediada. Namun, anda jangan khuatir, ini
kerana anda boleh menjadikan RUMAH IMPIAN anda yang KECIL itu menjadi lebih
BESAR dan LUAS melalui kreativiti otak kita.
Untuk pengetahuan anda juga, kami juga menyediakan khidmat
untuk membina rumah kecil ini menjadi lebih besar. Oleh itu, sekiranya anda
berminat untuk merealisasikan RUMAH IMPIAN BESAIZ KECIL menjadi RUMAH IMPIAN
BERSAIZ BESAR disebabkan kekangan saiz tanah/ renovasi/ sebagainya, pastikan
anda menghubungi kami ditalian :
Tel :- +6017 664 1225
Email :- shamin.hr@gmail.com
Dibawah merupakan beberapa tip dan informasi untuk anda agar
anda mampu menjadikan RUMAH IMPIAN anda menjadi lebih BESAR.
1. Ruang ‘Double volume’ – untuk memberi ruang
kelegaan kepada :-
- Memberi pengaliran ventilasi kepada sistem pengudaraan
didalam rumah agar ia memberi udara yang
lebih baik, bersih dan sihat
2. Bukaan yang luas dan terbuka :-
- Menyediakan ruang bukaan yang luas. Tingkap/ pintu
yang boleh dibuka dengan luas contohnye, menggunakan pintu ‘sliding door’.
3. Organais ruang atau optimumkan ruang:-
- Menyediakan ruangan terbuka / pelbagai kegunaan
kerana ia mampu memberi penjimatan yang lebih efisen.
4. Menggunakan material bukaan yang berkonsepkan
kaca / cermin :-
- Menyediakan bukaan seperti pintu atau tingkap dengan
menggunakan material kaca ataupun berkonsepkan cermin. Ini membolehkan ia
memberi pantulan sesebuah ruang menjadi lebih luas serta penggunaan kaca mampu
mewujudkan sesebuah ruang tersebut menjadi lebih luas dengan penggabungan ruang
dalaman dan ruang luaran kerana tiada halangan pandangan diantara satu sama
lain.
5. Membuat @ menyediakan serta optimumkan ruangan vertikal
:-
- Menyediakan ruang vertikal yang mempunyai ruangan seperti rumah
yang sediada besar dan lebar. Oleh itu ruangan vertikal ini amat rasional untuk
disediakan kerana ia mampu memanfaatkan ruang dan memberi keselesaan kepada
penghuninya seperti rumah yang sediakala besar
dan lebar. Konsep ini juga amat relevan untuk digunapakai di
bandar-bandar, tidak mempunyai tanah yang besar dan sekaligus ia juga mampu
memanfaat tanah yang kecik dan sempit untuk didiami.