Terima kasih sudi singgah ke blog kami semua...
Tujuan blog kami dihasilkan adalah untuk menitip segala memori yang telah kami lalui, sedang lalui bagi mengingati masa-masa lalu kami agar kami lebih bersyukur dan kenal itu apa erti sebuah nikmat kehidupan yang tidak terhingga yang telah dipinjamkan secara percuma olehNya. Dan yang paling penting..admin sekarang, makin berumur, makin pelupa jadinya. Maka sebelum semuanya terpadam begitu saja, maka admin mendapat solusi dengan membina blog ini..
Untuk perhatian semua pihak, setiap apa yang kami akan paparkan sebagai contoh seperti gambar - gambar , video, atau sebagainya yang mungkin akan menjengkelkan anda, membuatkan anda meluat, menyatakan berlagak atau sebagainya, perkongsian ini bukan lah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk kepada umum..jauh sekali tidak ye..(nauzubillahminzalik)..ini semua sekadar perkongsian..dan yang paling PENTING sekali, ia adah untuk simpanan memori admin. kerana ini adalah satu medium untuk meningkatkan dan menajamkan pemikiran admin yang makin berusia..(faham-faham la apa maksudnya tu..hihihihihi)
Jadinya blog ni, diharapkan dapat lah membantu admin dalam mengingati semua memori yang telah dilalui..Jangan Marah yer semua.hihihihihih.segala perkongsian dari kami juga, diharap dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada yang memerlukan pengalaman yang lebih kurang sama..klau sama lah kan..
Rasanya..sampai disini dulu lah ya, coretan dari kami..nanti kami akan sambung lagi..doa-doakan lah semoga kita semua diberi kelancaran dalam kehidupan kita...amin
Salam Sayang dari kami.
MHCATZ family
No comments:
Post a Comment