Harga rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi setengah juta ringgit dilihat seakan fenomena biasa di sekitar Lembah Klang.
Jika
10 tahun lepas, rumah teres dua tingkat boleh dibeli dengan harga
sekitar RM200,000 untuk kawasan-kawasan di pinggir bandar Kuala Lumpur,
kini ia seumpama mimpi.
Harga
rumah didapati terus meningkat dengan pantasnya sehingga mencecah angka
yang sudah tentu tidak mampu dicapai oleh kebanya kan bakal pembeli
yang berpendapatan sederhana terutama golongan muda.
Apakah
sebabnya? Adakah ini menunjukkan penduduk di Lembah Klang telah
meningkat pendapatan mereka atau ada pihak yang ingin mengaut keuntungan
cepat?
Antara
kaedah yang digunakan untuk memastikan harga rumah naik dengan cepat
ialah menggunakan taktik menyimpan unit tertentu sebelum projek
perumahan dilancarkan secara rasmi.
Usaha itu mencapai kejayaan berdasarkan kerjasama yang baik antara pemaju dan spekulator untuk melonjakkan harga pasaran.
Mengikut
‘peraturan’ tersebut, jika mahu mendapatkan pilihan terbaik, pembeli
terpaksa akur dengan harga yang ditawarkan biarpun pada kadar lebih
tinggi.
Perkara
tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah
Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika dihubungi Utusan Malaysia di
sini baru-baru ini
No comments:
Post a Comment